yatekhram jr pwetty pwincess

Thursday, August 4, 2011

masak sendiri atau lauk tunjuk?



hari ni nak makan apa ek utk berbuka..?


inilah biasaanya soklan bila dah masuk petang hari di bulan ramadan macam ni.rasanya almost seme orang especially pompuan yang bergelar wife/ibu nie dok terfikir-fikir nak makan/nak masak apa untuk berbuka nanti.untuk suami & anak-anak menikmati hidangan setelah seharian berpuasa.


Hari-hari penuh persoalan.kalau dapat suami atau anak-anak yang tak fussy * tolak batu kayu* takpe lagi.kalau jenis nak arini masak ketam lemak cili api, esok asam pedas, esok ayam kurma pastu ikan siakap stim limau.phew berbeluh jugak nak memasaknya.kalau dah memang handal memasak takpe, kalau takat amatur macam saya ni? hehe.

kwang kwang kwang.



Gugel kan ada :P
google je laa resepi macam mana nak.tapi rasa wallahuaklam sedap ke tidak.kebiasaanya papa kata menu yang mama masak like ayam masak kicap sedap, ikan asam pedas okay tapi kurang masin masam *dia suka yang masin & masam* tekak orang nogori katakan.tapi kita orang johor nie bila masak sambal mesti nak bubuh gula & aji sket bagi sesedap rasa..so dah dilema disitu. kena pulak tengah berpuasa kan makruh nak merasa cukup ke tak garam gula seme.


hari pertama & kedua ramadan tu kami ada ke param * pasar ramadan*.
saja nak cuci mata tengok kemeriahan bazar kat kluang dengan putrajaya.pergh siyes jammed, berlanggar bahu saja.tak nampak makanan sebab orang terlalu ramai berasak-asak.kami sempatlah beli kuih 5 ketul 2 ringgit.kalau kat putrajaya 1 ketul kuih kecik cenonet rasa nan ado 50 sen okay! pergh mahal betul.kalau sedap takpe, kalau rasa eee tah hapa-hapa memanglah mendatangkan marah.tapi sebab tak reti nak buat sendiri, kenalah beli.



padan muka ai, lenkali silalah blaja buat kuih dari sifu *nenek qies kluang*
huhuhu.


kami sempat beli ikan bakar kembong, 7 hengget sekor okay! bukanya ikan pari ke jenahak tau.ikanya ala kecik molek je.patotla semalam kuar kat paper juadah kat param ada harga yang agak mencekik darah.man-man la kan, takkan ikan kembong sekor cenonet 7 hengget?
janganla nak kata harga tapak param tu mahal ke harga minyak naik sampai membebankan pengguna.cam kami just berdua takpela bole share je ikan tu.kalau orang anak raamai?


alaahai :(


high cost betul duduk di kota metropolitan ni.kalau ke param tak habis rm 30 sekali pegi, memang tak sah!

so semalam mama pegi pasar beli je ikan siakap fresh.sekor beso baru rm 9, bukan takat makan berbuka tapi sampai ke sahur siap ada baki sket lagi simpan dalam peti sejuk.mama masak ikan sweet sour, resepi sendiri.main taram je! tapi not bad laa takat nak meniaga kat param tu.haha tetibe jez :P

sayur pulak carrot, kobis bunga, brokoli & jagung muda.masak cecampak je campur ngan udang medium saiz.15 minit sebelum berbuka dah siap! rasanya kalau sayur better masak sendiri sebab fresh panas-panas.kalau kat param tu alahaai tgk rupe pun tak menyelerakan.sayurnya layu sangat dimasak..yang ni bagi ibu-ibu bekerja pon sempat.kalau masak lauk yang susah tu agak kelam kabut sketlaa kan.


tips: ikan ke ayam seme siap bersiang & cuci sebersihnya, segala bawang & cili dah blend before pegi keja tu then simpan dalam esbok.bila balek umah tinggal campak dalam kuali.ai dulu masa keja mmg praktiskan macam tu, awal-awal siapkan semenya.kalau tak alamatnya tak sempat.mana nak layan kerenah anak nak mintak manja, *maklum mama baru alik keja*.memang tak dan la.berbuka ikan goreng je la :P

keja memasak ni renyah time nak buat bahan,basuh pinggan mangkuk periuk belanga lah kan.lepastu kena lap dapur yang agak comot kena percikan sambal ke minyak.setakat masak 10-15 dah siap.tu mak takde hal.


for me bila ada masa better masak sendiri lah sebab terjamin kebersihan, fresh & tentu penuh kasih sayang.nenek qies selalu ajarkan time memasak tu selalulah bacakan ya latif ya latif tu untuk melembutkan hati suami & anak.air tangan kita tu ajaib..


but if sekali sekala nak tuka selera apa salahnya beli lauk tunjuk :)
husband pun kenalah faham bukan wife saja-saja tanak masak okay!






mujurlah anak mama seorang ni tak cerewet mamam, hari-hari ayam goweng pon okay.tapi paling peberet sup carrot.enak dimakan begitu saja!



nikmati masa berbuka dengan yang tersayang..
jangan bertekak pasal menu berbuka nanti hilang keindahan ramadan yang mulia.

tak sessssssssssuwei tau..




17 comments:

~mY LiFe~ said...

dpt gak bace blog mama qies.. windu tau nk bce blog.. smggu skli br dpt bace... hukhuk..

ZuRaNaI said...

sgt suke gmbr header kak yat!!comel qies..


ye sye pun balik dr klas pkul 5 siap2 bhn ptong yg boleh potong..pas2 kul 5 lbih g men volley..kul 6 lebih balik umah rehat jap da boleh masak2..hiii

sukadukakami said...

betul2...sgt santek gambar qies tu..sye pun suka..:)

bab masak ni siti tak sempat time posa ni..cuz keja balik da 5.30pm..dgn jalan jem dgn nak ambil anak..memg sgt2 la tak sempat..kdg2 frust jgk cuz tak dapat masak dengan tgn sendiri..:(

sukadukakami said...

betul2...sgt santek gambar qies tu..sye pun suka..:)

bab masak ni siti tak sempat time posa ni..cuz keja balik da 5.30pm..dgn jalan jem dgn nak ambil anak..memg sgt2 la tak sempat..kdg2 frust jgk cuz tak dapat masak dengan tgn sendiri..:(

Momma Qiestina said...

nadia,

napaaa kat opis taleh bukak tenet eh? patot dah lama tak tinggal jejak..selalu awak sopeng baju bby ni senyap dah.

qies miss u too anty!

Momma Qiestina said...

zura,

ma caih ma acihh.tadi saja make overkan belog..tu letak the cuttest pic kununyaa :P

rajin awak masakkan, camnilaa nak jadik wife kan.hehe

Momma Qiestina said...

siti,

eheheh tq dear, momma's peberet peektures tu :)

takpe dear, sy time keja dulu mmg sempat masak sayur jela sbb bulan puasa kuar kul 545..ngan qies cranky lagi..skrg tak keja ni baru dan nak masak2.takpe weken nanti bole asapkan dapo ek!

Suliana said...

aku beli kuih muih je kat param. tak lalu tgk menu lauk pauk kat param dan juga harganya .. huhu.. smlm beli ikan keli bakar - konon bakar tapi bila balik umah jadi ikan keli sambal.. huhu.. tak cedap lansung. hari ni buka nasi ayam, home made.. lalalala.. :-) rasanya tidak ketahuan lagi. tawakal sudah :-)

Momma Qiestina said...

sue,

aku pon kuih jelaa beli.laukkk seme cam tak menarik pon, mahal gile pulak.kalau nak beli soto ke mee rebus camtulaa.ayam percik pon best!

ayeesha anna said...

masak main taram tu nak tergelak jap...sama la kitaa

fqa said...

hai kak yat.baju dah sampai..huhu..geram tgk si bam bam qies ni mam..nak cobit jew pp tu..

AizaZiha said...

betul2 k.yat, mkanan kt bazar mahal bangat..geeha yg dh sarat2 ni pun masuk ke dapur gak lg puas ati leh mkn smpai sahur..tp tul la jd org pmpuan ni, ari2 kena pk menu kan..huhu..tomei la pic qies..hehe..cuteeee...

Momma Qiestina said...

mama alica,

kaan kann taram je janji hubby kata okay sudaaaah :)

yg pntg mamam & ada keberkatan air tgn wife.hehe

Momma Qiestina said...

feeqa,

akak dah tgk dah lubna pakai gap pyjama kat blog kamu :)

syomeeel! lenkali bole sopeng agii kat anty yat..tunggu gap ijau tuuu eh..

btw mama lubna akak dah link & follow ur blog yee, bole kita share ceceeecita pasni.

Momma Qiestina said...

geeha,

heheh.tulaa bila hubby ada semangat sket nak masak, kalau dia takde sobs sobss jugak.

hehe pic si budak bertuah kat header tuu ek? mama likeeey too :) tq anty geeha.

Unknown said...

kita pun sama
selagi boleh, selagi sempat
mmg nak masak
tp sebab minggu ni mmg sah tiada masa
maka.. membeli jelah
tu yg masa sahur masak beriya

mrs kayrul said...

sampai sekarang tak sempat g param lagi..rasanya better masak sendiri..baru puas makankan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails