yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, July 30, 2010

dalam hati ada cinta.ada rindu.ada sayang.

bee sayang, hari nie hari ke 8 bee sunyi tanpa khabar berita.
sesungguhnya huney sangat memahami situasi ini..
semestinya bee sedang sibuk mencari rezeki buat keluarga kecil kita ini di tengah laut sana.
menyedari tugas bee sebagai jurutera marin bukanlah semudah disangka.bergadai nyawa demi kami di sini.demi masa depan kita bersama..


huney tau..
mungkin bee juge sedang merindu insan insan tersayang di sini ..
terutama tawa manja si comel kita..


mungkin huney sudah terbiasa dgn situasi berjauhan dgn bee..
kerana sejak kenal bee, mmg begini situasinya.berjauhan sentiasa.
namun, hati wanita ini tetap sama.tetap selembut sutera.
walau dah biasa huney lalui semua ini, namun tetap rase yang tiada bezanya.
berulang kali,mungkin berjuta juta kali lagi lepas ini.

huney sangat rindu bee.belahan jiwa huney.
kekasih dunia akhirat huney.
mana mungkin huney mampu menafikanya biar sesibuk mana pon huney.


bee..
mungkin sejak hadirnya puteri kita, huney jarang sekali mengungkapkan kata-kata cinta buat bee tapi percayalah..
rasa ini tak penah berubah sejak 3 tahun dulu.
sejak bee mencuri hati ini, sejak bee mengajar huney erti kasih sayang.
sejak bee menyedarkan huney cinta ini perlukan pengorbanan..
sejak bee hadir menemani di segenap ruang hati huney..
sejak bee hadir dengan pesona yang tersendiri..
bee satu-satunya yang teristimewa di hati ini.
hero di hati huney selain abah yang huney sayangi..
tiada galang gantinya..




bee dan huney, ada chemistry yang 'sesuatu' dalam perbezaan kita.
biar kadangkala tak seia sekata membuat keputusan..
biar adakalanya rajuk merajai situasi.


tapi hakikatnya kite mempunyai persamaan yang telah ditetapkan sejak di alam luh mahfuz.
dan kerana inilah kite telah ditakdirkan bersama.


. satu cinta.
.satu rasa.



kerana cinta kita semestinya cinta tanpa syarat.
untuk memiliki dan dimiliki.
tulus ikhlas.



dan selamanya takkan mampu dipisahkan.
mudah-mudahan doa kite bersama usai sekali lafaz akad yang bee lafazkan dulu termakbul hingga alam syurga.
insya allah..



dan atas nama cinta ini, kite telah memiliki si cilik eryssa qiestina..
pengubat duka lara kita..





huney bahagia memiliki cinta dan sayang dari bee dan puteri kesayangan kita :)
lengkap hidup ini dengan kehadiran bee & qiestina.sesuatu yang huney rase tiap wanita dambakan.







moga hingga syurga terpatri ikatan ini...






terima kasih cinta untuk segalanya!

tanpa kamu berdua wahai mohd ekhram sharif & eryssa qiestina hidup ini hilang warnanya.
tanpa kamu, hidup tak beerti.

kamu berdua yang terindah dalam hidup ini..
selamanya!



love u so much till the end of time.
hugs & kiss.



** nak terbluwek ke u olss? alaaaaa.. kasi lah can mama qiestina nak berjiwang pukul 1 pagi neh.tak bole sleep after susukan qies dan teros rase sangat rindu kat papa qies di malam sunyi ini..nak buat camana, belog kesayanganku ini lah terapi rindu itu .dah lama weh tak berayat boombastik mister loba-loba camneh.ehehe.



11 comments:

ummi nia said...

tuela..walau dh berbelas kali berpisah perasaan seorg wanita tetap sama kn??pas nie sy plak berPJJ ngn cik hubby.. =(((

dieha said...

hehe...mana boleh kami semua nk terbeluwek...lg seronok bc adala..happy bila tgk yat sentiasa happy walaupun d hati..yat rindu pada ekhram..i/allah mg berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin..ya Rabb..

~LaDaYaNa~ said...

kak yat memang seorg yg tabah~~
^__^..syabas kak..:p

ika_nabila said...

hurm.. baru perasan qies mewarisi kecomelan ibunya..

nieda said...

adus...sedihnya dengar,moga tabah.Mama qies mmg kuat semangat kan

Momma Qiestina said...

ika,

ape baru perasannnnnnnnnn?

*tetibe emo*



selama ni qies comel macam papa ajela yeeeek? grrrr.ni rase nak soh ppa qies je yang ngandong niii.hoih!

Mama Farris said...

wakakakka..

pehal la berjiwang sakannn..
...
pandai aku ketawakan orang..

i luv u

u luv me

we are happy family....

lagu barney..aku sukaa..tuk ko dr cik keram..

Momma Qiestina said...

mak ngah,

kakakakakkakaka angin jiwang melanda..jangan gelakkk ahhh...

aku kan patot tulis novel cinta ala ala ahadiat akasyah..phewww!

Momma Qiestina said...

dieha,

ala kalo org terbluwek pon ade mak kesah?

huhuhuhu...

Momma Qiestina said...

yana,

tabah ekkk? ala hati tisu sepoi bahasa gakkk kadang tu.qies yg buat akak kuat :D

Momma Qiestina said...

nieda,

amau naness tau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails